Rabu, 16 Disember 2009

PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH IMPIAN ANDA (AKAUN II)

*Dipetik dari laman web KWSP*

Pengeluran Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembelian sebuah rumah seperti berikut:
  • Pembelian secara perseorangan;
  • Pembelian secara suami/isteri, ahli keluarga atau individu yang lain
Pengeluaran ini juga membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, orang perseorangan atau lelongan awam.
Kelayakan Memohon
  • Anda layak memohon sekiranya anda adalah:
  • Ahli warganegara Malaysia; atau
  • Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Maninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP 1 Ogos 1998; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR) Anda perlu mempunyai baki simpanan dalam Akauin II anda dan juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.
Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang:
Pembelian Perseorangan
  • Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun II
Pembelian bersama Suami/ Isteri, Ahli keluarga Atau Individu yang lain
  • Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas.
Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% daripda harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang rendah.
Sekiranya anda membeli rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak amaun harga rumah dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam AkaunII, mengikut mana yang lebih rendah.
Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dnegan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.
Kekerapan Pengeluaran
Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membeli rumah pertama kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membeli rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukan.
Pertanyaan
Jika anada mempunyai sebanrang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubung:
  • Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8922 6000
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) - Taip KWSP dan hantar ke 36373
Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan